Antara laman web syarikat haram yang memanipulasi wang pos menerusi skim kutu pintar.
Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutip RM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya. Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah kepada Kosmo! semalam.
"Kami juga sedang merekodkan kenyataan daripada syarikat ini sejak tiga minggu lalu untuk mengumpul bukti sebelum membuat pendakwaan terhadap penganjur terbabit," katanya.
Menurut Redzuan, skim itu didapati melakukan kesalahan menguruskan perniagaan wang kutu tanpa lesen dan boleh didakwa di bawah Seksyen 3, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Lihat gambar di atas, Ada kutu pintar 1 Malaysia, gambar PM terselit diceleh-celahnya. Penipuan kutu pintar dalam internet. Orang ramai perlu berhati-hati, weblog tolong sebarkan maklumat ini kepada orang ramai. (AK).
0 ulasan:
Catat Ulasan