CHEMOR!!!

Written By kaciza on Selasa, 17 November 2009 | 8:04 PTG




Ustad Dahlan Harun (Lubis), 87, warga tertua Kampung Batu Sembilan memberitahu nama Chemor itu asalnya dari ëcemarí (chemor dalam loghat Perak) kerana gajah yang lalu-lalang di situ pada zaman silam menyebabkan tempat itu menjadi berlumpur dan tercemar.
Chemor, yang dahulunya sebuah penempatan pelombongan Cina, pernah mempunyai tiga perkampungan Mandailing iaitu Kampung Dusun Gelap, Kampung Tembok Baru dan Kampung Batu Sembilan. Kampung Dusun Gelap sudah lama pupus. Kampung Tembok Baru pula telah ditukar namanya kepada Kampung Batu Sebelas Setengah, Jalan Jelapang.
Sumber:http://www.mandailing.org/ind/perantauan-ren4.html





0 ulasan:

Catat Ulasan