Sekolah Aminuddin Baki Chemor

Written By kaciza on Jumaat, 19 Mac 2010 | 9:42 PG

http://photos.friendster.com/photos/group/55/58/808555/350077039095s.jpg
Sekolah Aminuddin Baki telah mula dibina pada tahun 1967. Sebelum ini, telah menumpang sementara bangunan SJK(C) Pei Cheng, Chemor. Sekolah Aminudin Baki ini terletak kira-kira 17 kilometer dari pusat bandaraya Ipoh. Keluasannya kira-kira 9.2 ekar persegi. Pelajar-pelajar sekolah ini pula datang dari kampung-kampung di sekitar daerah Chemor. Kini terdapat seramai 1518 orang pelajar yang menuntut di sini iaitu dari kelas peralihan hingga tingkatan lima. Sekolah ini mempunyai lapan blok bangunan iaitu A,B,C,D,E,F,G dan H, yang merangkumi pejabat, Bilik Guru, Makmal Sains, Makmal Matematik, Bilik Mesyuarat, Bilik Gerakan, Bilik Geografi dan Sejarah, Bilik SPBT, Bilik Peperiksaan, Bilik Darjah, Pusat Sumber, Bilik Seni Reka Tanda, Bilik Katering dan Sajian, Bilik Jahitan dan Masakan, Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Seni Visual. tenaga pengajar kini ada 84 orang termasuklah Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, 4 orang Guru Kanan Bidang dan 12 orang staf sokongan.

Timbul persoalan mengapakah Aminuddin Baki diberi penghormatan untuk dijadikan nama sekolah ini?

Memandangkan pada tahun 1970 kelas Tingkatan Empat Sastera mula dibuka, maka nama sekolah lama iaitu Sekolah Menengah Rendah Chemor, secara automatik sudah tidak bersesuaian lagi. Justeru itu, satu nama baru perlu diberikan. Oleh itu, suatu asul telah diketengahkan oleh Jawatankuasa Kampung Cik Zainal, Chemor mengenai penamaan semula nama baru sekolah ini. Usul tersebut dipersetujui sebulat suara dan jawatankuasa berkehendakkan nama Allahyarham Aminuddin Baki dipilih menjadi nama baru bagi sekolah ini.

Sebenarnya penamaan sekolah ini berdasarkan beberapa faktor. Pertamanya, ialah mengambikira bahawa Allahyarham Aminuddin Baki merupakan satu-satunya anak tempatan Chemor yang telah berjaya mencapai tahap yang tinggi dalam arena pendidikan tanahair. Kedua, Allahyarham merupakan seorang tokoh pendidikan yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam bidang pendidikan negara.

Faktor ketiga ialah beliau merupakan seorang tokoh yang telah berjaya menimbulkan kesedaran untuk mempertingkatkan taraf pelajaran di kalangan anak bangsa khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Di samping itu, beliau juga merupakan seorang tokoh penggerak ke arah ketinggian mertabat anak bangsa terutamanya di kalangan masyarakat luar bandar. Seterusnya nama beliau juga dipilih untuk dijadikan sumber inspirasi anak tempatan Chemor supaya mereka mengikuti jejak langkah beliau yang telah mencipta kejayaan. Akhirnya adalah menjadi matlamat kita agar sumbangan bakti dan jasa beliau itu turut diteladani dalam menaikkan imej serta mengharumkan nama sekolah ini seterusnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan